Cari @ Amanz

Siri aksesori Mi AirDots adalah aksesori audio nirwayar yang popular, lebih-lebih lagi variasi Redmi AirDots. Tetapi tahukah anda yang nama rasmi aksesori audio ini bukanlah “AirDots”, sebaliknya agak panjang dan tidak enak disebut. Setelah berbulan menanti, akhirnya Xiaomi Malaysia telah melancarkan siri Mi True Wireless Earphones dan Earphone secara rasmi.

Mi True Wireless Earphones adalah set fon telinga nirwayar sebenar mereka yang paling premium. Nama lainnya adalah Mi AirDots Pro dan dijual pada harga RM329. Ia hadir dengan sokongan kawalan gestur, pembatalan bunyi hingar digital, penggunaan secara mono dan pengecasan USB-C.

Seterusnya adalah siri Mi True Wireless Earbuds. Nama lainnya pula adalah Mi AirDots dan satu lagi adalah Redmi AirDots. Tetapi untuk mengelakkan kekeliruan, nama rasmi adalag Mi True Wireless Earbuds (RM179) dan Mi True Wireless Earbuds Basic (RM99). Variasi RM179 hadir dengan sokongan USB-C, tambatan pantas dan automatik, sokongan kawalan gestur dan kebolehan menyeru pembantu digital. Manakala, variasi RM99 menggunakan pengecasan microUSB dan tiada sokongan kawalan gestur – sebaliknya adalah butang fizikal.

Kesemua set fon telinga nirwayar sebenar Xiaomi ini akan dijual di kedai-kedai fizikal dan juga Lazada atau Shopee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd