Instagram Mula Menawarkan Mod Tema Gelap Untuk Pengguna Android

Instagram Mula Menawarkan Mod Tema Gelap Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Okt 9, 2019 oleh .

Biar lambat asalkan dapat ialah mantra pengguna peranti Android kerana secara kebiasaannya fungsi terkini akan diterima peranti iOS 13 terlebih dahulu. Penantian mod tema gelap aplikasi Instagram telah diterima pengguna iOS semalam dan pagi ini ia akhirnya diberikan juga kepada pengguna Android.

Aplikasi hanya perlu dikemaskini ke versi v 114.0.0.38. Aplikasi akan berubah ke tema gelap pada peranti Android 10 dan sesetengah peranti Android 9 yang menyokong tema gelap seperti Samsung dan OnePlus misalnya. Sekiranya anda ingin menikmati mod tema gelap ini, sila kemas kini aplikasi Instagram anda menerusi Play Store pagi ini.


TIPS & ULASAN