Realme X2 Pro bakal menjadi “pembunuh” peranti mercu baharu. Ini kerana spesifikasi peranti ini adalah Snapdragon 855+, menggunakan skrin dengan kadar segar semula yang tinggi – iaitu 90Hz, sistem kuad-kamera, pengecasan pantas 50W dan dikatakan adalah paling “murah” dalam kelasnya. Sistem kamera yang digunakan bukan biasa-biasa juga, kerana ia menggunakan lensa 64MP dan juga kemampuan zum 20x.
⚡️Attention everyone⚡️
😎We come to Europe to turn everything upside down!
🗓️10:00 am | Madrid | 15/10/19
Soon you will know everything about our three best smartphones:
✅realme X2 Pro
✅realme X2
✅realme 5 ProDon't miss anything at: https://t.co/ZDBjJjb56l#ALLINQUAD pic.twitter.com/92jsKUxp7b
— realme Europe (@realmeeurope) October 7, 2019
Sedikit demi sedikit Realme mengacah fungsi-fungsi dan ciri produk mereka ini, akhirnya tarikh pelancaran telah mereka umumkan. Realme X2 Pro akan dilancarkan pada 15 Oktober 2019 di Eropah. sudah banyak informasi yang kita tahu, tetapi ia masih belum lengkap – contohnya rekaan penuh, saiz skrin, panel skrin yang digunakan dan yang paling penting harga. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.