Google Play Store Mula Ditawarkan Dalam Pilihan Mod Gelap
October 9, 2019
Google
Aman
Sejumlah aplikasi daripada Google telah pun hadir dengan pilihan tema gelap sejak kebelakangan ini. Terbaru, Google juga turut telah mula memperkenalkan penawaran tema mod gelap pada kedai aplikasi mereka, iaitu Google Play Store.

Penawaran tema gelap ini disediakan untuk mereka yang membuat tetapan mod gelap menyeluruh pada peranti mereka menjalankan Android 10, serta beberapa peranti Android 9 Pie.
Bagi anda yang membuat tetapan mod gelap pada telefon anda, mungkin sudah melihat Play Store dalam mod gelap ini – atau mungkin akan melihatnya dalam masa terdekat memandangkan ia biasanya diperkenalkan secara berperingkat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.