Carian
OnePlus Mengacah Pengenalan Peranti Edisi McLaren
October 9, 2019 Aman

OnePlus sebelum ini telah pun hadir dengan OnePlus 6T Edisi McLaren pada tahun lepas. Untuk tahun ini, pihak OnePlus dilihat akan meneruskan kerjasama berkenaan, dan telah pun mula mengacah pengenalan peranti edisi McLaren yang baru.

OnePlus dijangka akan memperkenalkan OnePlus 7T Pro Edisi McLaren, dimana berkemungkinan ia akan menawarkan bentuk rekaan yang khusus, selain mungkin hadir dengan penawaran memori lebih tinggi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan esok untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh pihak OnePlus untuk peranti OnePlus 7T Pro mereka.

Komen