Muzik Yang Dimainkan Pada Peranti Berhubung Google Asssistant, Kini Boleh Dialih Antara Satu Sama Lain

Muzik Yang Dimainkan Pada Peranti Berhubung Google Asssistant, Kini Boleh Dialih Antara Satu Sama Lain

Diterbitkan pada Okt 9, 2019 oleh .

Produk-produk peranti berhubung seperti Google Home, Google Nest Hub atau mana-mana pembesar suara/paparan pintar tidak dinafikan mempunyai kualiti audio yang agak baik dan boleh diterima. Lebih menarik, mana-mana pembesar suara Bluetooth lain – ia turut boleh ditambat pada mana-mana peranti berhubung untuk dijadikan sebagai satu sistem stereo.

Tetapi, memainkan muzik masih mempunyai masalah. Disebabkan sambungan antara telefon pintar ke peranti berhubung adalah berasaskan WiFi, muzik yang dimainkan pada satu pembesar suara pintar tidak boleh dialihkan kepada produk pembesar suara lain. Tidak seperti Bluetooth, yang mana jika banyak peranti sudah ditambat dan dengan satu klik – muzik dimainkan pada pembesar suara lain. Kini, Google telah mengemaskini kemampuan peranti berhubung tidak kira produk Chromecast atau Google Home atau juga mana-mana paparan pintar – muzik yang dimainkan pada salah satu kini boleh dialihkan pada antara satu sama lain.

Contohnya, anda sedang memainkan muzik pada Google Home di dalam bilik tidur di tingkat atas anda dan kemudian ingin ke ruang tamu di tingkat bawah – hanya berikan arahan “Hey Google, move the music to the living room speaker.” Jadi muzik yang tadi dimainkan di bilik tidur akan bersambung bermain pada peranti berhubung di ruang tamu. Cara lain adalah dengan menekan ikon cast pada sesuatu aplikasi dan lihat senarai peranti yang terhubung dalam WiFi yang sama. Sekali tekan, ia akan “beralih” ke peranti berhubung lain.


TIPS & ULASAN