Carian
Sharp S7 Dilancarkan Di Jepun Dengan Bateri Yang Boleh Bertahan Seminggu
October 9, 2019 Effi Saharudin

Secara lazimnya sebuah telefon pintar dapat bertahan selama sehari dengan sekali caj. Hanya kadang kala ia mampu melepasi had ini dengan penggunaan bateri yang besar seperti 18000 mAh yang ditawarkan oleh Energiser Power Max P18K Max Pop, Tetapi di Jepun semalam telefon pintar Sharp S7 telah dilancarkan dengan bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga seminggu.

Sharp S7 dilengkapi skrin 5.5″ IGZO LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 630, memori sebesar 3GB RAM, storan sebesar 128GB, kamera utama 12-Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Teknologi penjimatan tenaga pada skrin yang digunakan adalah penyebab mengapa peranti dengan Android 10 One ini mampu bertahan lama.

Ia turut mempunyai kemampuan kalis air IPX5/8 dan kalis debu IPX6. Sharp menjanjikan satu kemas kini perisian dalam masa 24 bulan dan kemas kini sekuriti selama tiga tahun. Peranti ini akan hanya dijual Disember hadapan tetapi harga masih belum diumumkan.

Komen