Kumpulan Utusan mengumumkan penghentian operasi mereka hari ni selepas memfailkan pengisytiharan muflis, Ini menutup pintu akhbar yang sudah beroperasi selama 80 tahun. Dengan penghentian operasi, laman web Utusan Malaysia dan Kosmo! juga kini tidak lagi boleh diakses.
Utusan Online ialah portal berita atas talian pertama tempatan beroperasi sejak 17 Januari 1996 manakala Kosmo! Online pula beroperasi sejak 2004. Dengan ini ribuan artikel-artikel di Wikipedia yang menggunakan kedua dua portal berita Bahasa Malaysia utama ini sebagai sumber sekelip mata tidak lagi berfungsi.
Penutupan Kumpulan Utusan terpaksa dilakukan kerana menanggung kerugian yang tinggi sehingga lebih 700 kakitangan dilaporkan tidak dibayar gaji sejak Julai 2019.