Carian
OnePlus Care Dilancarkan Di India – Program Jaminan & Tukar Beli OnePlus Tersendiri
October 10, 2019 Fahim Zahar

Terkini, OnePlus telah melancarkan OnePlus Care. Ia adalah program jaminan peranti OnePlus serba baharu khusus untuk India. Tetapi apakah perbezaan dengan jaminan yang OnePlus yang sedia ada dengan OnePlus Care? Ia adalah seakan program yang ditawarkan oleh Google di Amerika Syarikat untuk Pixel, atau Samsung melalui aplikasi Samsung Members.

OnePlus Care bukan sahaja untuk jaminan, ia juga menambah jaminan setahun tambahan, memberi diskaun 50% pertukaran bateri peranti dan juga program tukar-beli dari peranti OnePlus lama ke yang terkini. OnePlus Care hadir melalui aplikasi dan juga laman web. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh memfailkan tuntutan dan hanya dari dalam aplikasi diagnosis akan dilalukan. Selepas selesai menyemak kesihatan peranti, pengguna boleh teruskan membuat tuntutan.

Untuk peranti seperti OnePlus 6T/7/7 Pro dan 7T, OnePlus menawarkan percuma jaminan tambahan selama satu tahun. Untuk OnePlus 3/3T/5/5T dan 6, OnePlus memberi 50% diskaun pertukaran bateri. Kemudian dari OnePlus One, OnePlus 2, OnePlus X dan lain-lain – OnePlus turut menerima peranti ini untuk ditukar-beli ke peranti lebih baru dengan harga yang munasabah. Sayang sekali, program ini hanya terhad di India sahaja.

Di Malaysia, berkemungkinan besar program ini tidak akan ditawarkan kerana pengedar yang menguruskan segala tuntutan jaminan dan bukanya OnePlus.

Komen