Cari @ Amanz

Fon kepala nirwayar membebaskan pengguna dari belenggu sambungan fizikal kepada peranti. Ia lebih selesa dan mengelakkan kemalangan wayar tertarik kelengkapan jatuh ke lantai kerana terlupa. Sennheiser GSP 370 ialah sebuah lagi fon telinga nirwayar yang memasuki pasaran dan ia mempunyai keunikan kerana mampu bertahan sehingga 100 jam dengan sekali caj.

Fon kepala untuk permainan video ini bolah digunakan pada PC, Mac dan PS4. Ini dilakukan dengan menggunakan dongle yang disertakan pada port USB. Terdapat sebuah mikrofon pada bahagian sisi bagi memudahkan komunikasi ketika di atas talian. Bahan leatherette digunakan sebagai kemasan. Sambungan kabel masih boleh dilakukan jika diperlukan juga menerusi port USB.

Dengan ketahanan bateri sehingga 100 jam, ia jauh lebih bertahan lama berbanding Sennheiser GSP 670 yang dilancarkan Jun lalu. GSP 670 ialah usaha sulung Sennheiser dalam memasarkan fon kepala nirwayar untuk permainan video. Sennheiser GSP 370 ini dijual pada harga $200 (~RM 837) sepasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd