Aplikasi Twitter Kembali Untuk Pengguna MacOS
October 11, 2019
Aplikasi
Aman
Twitter sebelum ini telah menamatkan sokongan untuk aplikasi Mac. Walaubagaimanapun, dengan penawaran sokongan Catalyst, ia membolehkan aplikasi iPad dibawa ke Mac – sekaligus membuatkan pihak Twitter untuk membawa aplikasi Twitter mereka di iPad mereka untuk pengguna Mac.

Bagi anda yang menggunakan Mac, kini anda boleh memuat-turun aplikasi Twitter, dan menggunakannya dalam mengikuti pelbagai perkembangan semasa dengan mudah. Aplikasi ini menawarkan paparan lebih kurang sama seperti pada iPad, tetapi turut sedikit dioptimasikan untuk pengguna Mac.
Aplikasi ini turut menyokong tema gelap mengikut tetapan komputer pengguna.
[download]Muat-Turun Twitter untuk macOS[/download]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.