Carian
“Routines” Akan Hadir Ke Google Assistant Untuk Android TV
October 11, 2019 Fahim Zahar

“Routines” adalah arahan suara untuk Google Assistant yang ditetapkan sendiri oleh pengguna. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2017 dan diedarkan pada Mac 2018. Contoh arahan “Routines” adalah, pengguna boleh tetapkan untuk menghidupkan lampu, memainkan muzik dan membacakan berita sebaik sahaja arahan “Hey Google, Good Morning“. Atau jika baru sahaja tiba ke rumah dari kerja, “Hey Google, I’m Home” – muzik terus dimainkan dan hanya lampu di ruang tamu sahaja hidup.

“Routines” adalah arahan suara yang hebat dan menarik. Terkini, Google mengembangkan lagi kemampuan Routines kepada Google Assistant di Android TV. “Routines” untuk Android TV ini adalah “showtimes“, yang mana apabila arahan seperti “Hey Google, It’s Showtime” diberi – langsir boleh tertutup dengan sendiri, lampu menjadi malap dan filem kegemaran terus dimainkan pada TV. Kemudian jika ada gangguan dengan loceng rumah berbunyi, hanya beri arahan mudah untuk paparkan siapakah yang menekan loceng melalui produk-produk Nest.

Sudah tentu, ini adalah “Routines” jadi segala “aksi” boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna untuk menjadikannya sesuai apabila ingin menonton filem atau siri TV pada Android TV.

Komen