DXOMark Kini Menguji Kemampuan Audio Telefon Pintar – Huawei Mate 20 X Di Tangga Teratas
October 11, 2019
Lain-lain
Effi Saharudin
DXOMark terkenal sebagai laman yang menguji kemampuan kamera pada telefon mudah alih. Bagi kebanyakan pengguna ini memudahkan proses pemilihan peranti di pasaran. Kini mereka juga memulakan ujian kemampuan audio telefon-telefon pintar di pasaran. Buat masa ini Huawei Mate 20 X ia peranti yang berada di kedudukan teratas.
Ini diikuti pula oleh iPhone XS Max, iPhone 11 Pro Max, Galaxy Note 10+ dan Galaxy S10+. Dua ujian yang dilakukan ialah kemampuan merakam audio dan memainkannya semula. Seperti ujian-ujian mereka sebelum ini, kedudukan peranti pastinya menjadi sumber perdebatan pengguna. Terpulang kepada pengguna untuk menerima keputusan ujian DXOMark.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.