Cari @ Amanz

Kesemua projek kenderaan terbang pada waktu ini menyasarkan penggunaan sebagai teksi terbang di kawasan banda. Dengan penggunaan teksi terbang, masalah kesesakan lalulintas dapat diselesaikan dengan Perancis menjadikannya sebagai pengangkutan menjelang Sukan Olimpik 2024 Paris kelak. Tetapi bagaimana pula dengan pemilikan kenderaan terbang peribadi?

Porsche dan Boeing telah mengumumkan kerjasama untuk membangunkan kenderaan terbang peribadi premium. Beberapa rekaan konsep kenderaan ini turut telah diperlihatkan. Mereka kini akan melakukan kajian pelbagai aspek kenderaan udara dalam bandar, menganalisa potensi pasaran kenderaan terbang premium dan permintaannya di masa hadapan. Kajian awal Porsche mendapati permintaan akan meningkat bermula 2025.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd