Cari @ Amanz

Nikon Z 50 telah dilancarkan semalam dan ia adalah kamera nircermin pertama Nikon yang menggunakan format DX yang berpadanan dengan format APS-C pada kamera digital lain. Kamera ini menyokong lensa cagak Z-Mount dan mensasarkan pengguna yang menghasilkan kandungan video di atas talian.

Kamera dilengkapi sensor 20.9-Megapixel APS-C CMOS dengan enjin pemprosesan imej Expeed 6. Ia mampu mengambil sehingga 11 bingkai gambar sesaat dengan tetapan ISOISO100-51,200. Video boleh dirakam pada tetapan maksimum 4K 30FPS dan gerak perlahan pula adalah 1080P 120FPS.

Z 50 mempunyai sistem penstabilan imej dalam tubuh (IBIS), Sistem pemfokusan hibrid dengan 209 titik disertakan bersama dengan Eye-AF. Terdapat sebuah skrin LCD sebesar 3.2″ pada bahagian belakang yang boleh diputarkan 180 darjah ke bawah untuk rakaman swavideo. Sebuah viewfinder OLED juga disertakan.

Pemindahan data boleh dilakukan secara nirwayar menerusi bluetooth dan WiFi 802.11ac. Nikon Z 50 akan mula dijual bulan hadapan dengan harga bermula $860 (~RM 3599) tanpa lensa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd