MIUI 11 adalah sistem operasi terbaru daripada Xiaomi yang berasaskan Android 10. Namun, bagi peranti-peranti “murah” sistem operasi Android lama akan dikekalkan dengan fungsi-fungsi dan ciri-ciri MIUI 11. MIUI 11 versi China sudah pun mula diuji pada bulan lepas, kini giliran versi stabil pula.
16.10.2019 #MIUI11
RT if you are excited for this! pic.twitter.com/61hqUBvF3P
— Xiaomi HyperOS India (@XiaomiHyperOSIN) October 10, 2019
Versi stabil dimaklumkan akan terhad kepada peranti di China sahaja dahulu bermula pertengahan bulan Oktober. Tetapi di India, versi global mungkin akan diedarkan di negara sana terlebih dahulu. Ini adalah sama seperti MIUI 10 Android 10 yang diedarkan kepada pengguna Redmi K20 Pro di India dan pengguna Mi 9T Pro di Malaysia masih ‘tersangkut’ dengan MIUI 10 Android Pie. Twitter rasmi MIUI di India telah mengumumkan yang MIUI 11 akan diedarkan pada 16 Oktober kelak.
Nampaknya pengguna Malaysia harus menunggu lebih lama lagi dan mengharapkan yang ia akan diedarkan dalam masa terdekat.