Produk-produk peranti berhubung Xiaomi adalah di bawah jenama Mijia. Ia adalah satu ekosistem penting buat Xiaomi. Antara produk utama mereka adalah mesin basuh, televisyen dan pendingin hawa. Terkini, Xiaomi menambah lagi produk dalam ekosistem ini dengan peti sejuk pula.
Terdapat empat peti sejuk yang Xiaomi lancarkan. Kesemuanya di bawah jenama MIJIA dan termasuk dalam ekosistem pintar mereka. Kesemua peti sejuk mereka ini menggunakan teknologi yang sama, membezakan setiap satu peti sejuk ini adalah rekaan dan saiz sahaja. Ia menggunakan sistem penyejukan berasaskan kipas, jadi tiada masalah pengaisan akan berlaku. Seperti mana-mana peti sejuk moden, peti sejuk Xiaomi ini juga adalah efisien dan menggunakan kuasa yang rendah. Pada bahagian dalam, Xiaomi menggunakan kitaran penyejukan tiga dimensi dan suhu di dalam akan berubah secara automatik.
Pembeku peti sejuk ini berada di bahagian bawah, dan mengikut model peti sejuk akan ada juga kompartmen-kompartmen berbeza mengikut suhu berbeza yang sesuai dengan kandungan yang ingin disimpan. Saiz yang Xiaomi tawarkan adalah dari 160L, 210L, 483L dan 486L, rekaan pula adalah dari satu pintu sehingga 4 pintu. Harga juala pula bermula dari RMB999 sehingga RMB2999, iaitu sekitar RM589 sehingga RM1767.