Cari @ Amanz

Apple Watch merupakan jam tangan pintar yang popular dan digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, ia telah ditawarkan sejak beberapa edisi yang lepas. Walaubagaimanapun, sehingga kini, versi yang ditawarkan adalah versi biasa sahaja, dan melalui pengesahan Sirim terbaru, ia memperlihatkan Apple Watch edisi selular bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Apple Watch Selular Sirim

Dengan penawaran edisi selular, pengguna boleh kekal aktif dengan jam tangan pintar mereka, tanpa perlu bergantung kepada talian yang dihubungkan melalui telefon pintar. Apple Watch menggunakan sokongan selular berasaskan eSIM – dimana sokongan eSIM sedia ditawarkan oleh pihak Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya.

Apple Watch generasi baru sedia hadir dengan sejumlah perkara yang membolehkan ia beroperasi secara kendiri – termasuk sokongan kedai aplikasi terus melalui jam tangan pintar berkenaan. Penawaran edisi selular ini semestinya dinantikan dan diminati ramai peminat produk Apple di Malaysia.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai penawaran Apple Watch edisi selular di Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd