Cari @ Amanz

Usai majlis pelancaran Mac Pro terkini tahun lalu, jenaka mengenai rekaan kerangkanya yang kelihatan seperti pencarik keju mula muncul di laman web. Puluhan lubang pada bahagian depan dan belakang kerangka ini adalah bagi memastikan sistem penyejukan yang optimum dapat diberikan kepada komponen komputer.

Kerangka Dune Pro yang dihasilkan oleh Dune Case mempunyai rekaan yang sama dengan kerangka Apple Pro yang akan mula dijual November ini. Ia menyokong papan induk bersaiz Mini ITX, ATX, mATX, EATX dan EEB. Terdapat ruang untuk 7 slot PCI, 3 slot HDD, dan 5 slot SSD. Kesemua jenis kad grafik boleh dimuatkan. Tidak seperti kerangka Apple Pro, Dune Pro menyokong sistem pengecasan cecair lengkap dengan tempat simpanan air pada bahagian bawah dan radiator sehingga 360mm.

Rangka Dune Pro diperbuat daripada besi tahan karat dengan tubuh yang diperbuat daripada aluminium. Bagi yang berminat kerangka Dune Pro akan mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter pada 21 Oktober hadapan tetapi harga masih belum diumumkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd