Rangkaian 5G dijangka akan digunakan secara meluas dalam beberapa tahun akan datang. Selari dengannya, hari ini kerajaan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM50 juta dalam usaha mengalakkan pembangunan produk dan perkhidmatan berkaitan ekosistem 5G.
Dengan penawaran geran ini, ia dijangka akan mengalakkan pembangun dan usahawan tempatan hadir dengan penawaran masing-masing – sekaligus bersedia untuk era digital 5G.
Pada masa yang sama, kerajaan turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM25 juta untuk pembangunan pelbagai projek perintis – termasuk berkaitan dron, kenderaan swapandu, teknologi rantaian blok dan sebagainya.