Belanjawan 2020 : Kerajaan Bercadang Untuk Menubuhkan 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti Di Seluruh Malaysia

Diterbitkan pada Okt 11, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejajar dengan pengumuman kerajaan untuk membangunkan tiga buah perpustakaan baru di Kedah, Perak dan Johor, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut mencadangkan untuk membangunkan 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti di semua negeri di Malaysia.

Pusat Peningkatan Digital Sehenti ini akan digunakan untuk memudahkan akses kepada pembiayaan dan pembangunan perniagaan, khususnya perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana yang ingin mendigitalisasikan perniagaan mereka.

Sejumlah RM70 juta kepada MDEC untuk menubuhkan pusat-pusat ini sebagai tambahan kepada program 100 Go Digital mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami