Google Chrome Akan Menggunakan AI Untuk Menghuraikan Gambar Yang Tidak Dilabelkan

Google Chrome Akan Menggunakan AI Untuk Menghuraikan Gambar Yang Tidak Dilabelkan

Diterbitkan pada Okt 14, 2019 oleh .

Pada hari ini, kebanyakkan laman web menggunakan gambar dalam memberikan penerangan berkenaan sesuatu perkara. Namun, ada kalanya pembangun web berkenaan tidak melabelkan gambar berkaitan – sekaligus menjadikan laman web berkenaan tidak begitu mesra untuk pengguna dengan masalah penglihatan.

Untuk mengatasi perkara berkenaan, kini Google mengatakan mereka akan menggunakan kelebihan kecerdasan buatan mereka dalam menghuraikan dan menerangkan gambar-gambar yang tidak dilabelkan di sesuatu web.

Ciri ini akan membantu pengguna yang menggunakan pembaca skrin untuk mengetahui gambar apa yang dipaparkan – dan bukan sekadar mendengar penjelasan seperti “Imej”, “Grafik” dan sebagainya.

Pengguna boleh mengaktifkan ciri ini dengan ke Chrome, dan seterusnya pada halaman Settings, memilih Advanced > Accessibility, dan mengaktifkan ciri “Get Image Descriptions from Google”.


TIPS & ULASAN