Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Telefon Menggunakan Paparan 120Hz

Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Telefon Menggunakan Paparan 120Hz

Diterbitkan pada Okt 14, 2019 oleh .

Selain daripada persaingan dalam penawaran telefon pintar dengan menggunakan sensor kamera pada megapixel tinggi, kini para pengeluar peranti juga turut bersaing antara satu sama lain untuk menawarkan telefon pintar dengan skrin pada kadar segar semula yang tinggi.

Terbaru, Xiaomi melalui MIUI 11 Beta dilihat sedang mempersiapkan sebuah peranti dengan sokongan skrin pada kadar segar semula 120Hz.

Pada hari ini, terdapat beberapa peranti memfokuskan permua yang menawarkan paparan 120Hz pada telefon pintar, termasuk antaranya adalah Razer Phone dan juga Asus ROG Phone 2.

Buat masa ini, pilihan ini dilihat melalui kod MIUI 11 Beta, dan tidak diketahui lagi bilakah peranti dengan sokongan seumpamanya akan diperkenalkan pengeluar dari China berkenaan.


TIPS & ULASAN