Huawei Mate 20 Pro Mula Menerima Kemaskini Android 10

Huawei Mate 20 Pro Mula Menerima Kemaskini Android 10

Diterbitkan pada Okt 14, 2019 oleh .

Android 10 mula diberikan pada Ogos yang lalu dan kini ia akhirnya tiba ke Huawei Mate 20 Pro. Kemas kini sebesar 4.42GB ini telah diberikan kepada pengguna peranti di Eropah. Selain versi terkini perisian Android 10, ia turut memberikan pelancar baharu EMUI 10 dan tampalan sekuriti untuk bulan September.

Walaupun telah dihalang dari berurusan dengan Google oleh Amerika Syarikat, Mate 20 Pro masih lagi menerima kemas kini ke versi Android terkini. Ini menjadikan peranti ketiga selepas P30 Pro dan siri Mate 30 yang menggunakan Android 10.

Sungguhpun begitu umum diketahui siri Mate 30 tidak menerima sokongan rasmi GMS. Seperti biasa kemas kini Android diberikan secara berperingkat. Bagi pengguna tempatan anda mungkin akan menerima Android 10 dalam masa beberapa minggu.


TIPS & ULASAN