Samsung Knox Menawarkan Perlindungan Sekuriti Dan Privasi Menyeluruh Pada Peranti Samsung

Samsung Knox Menawarkan Perlindungan Sekuriti Dan Privasi Menyeluruh Pada Peranti Samsung

Diterbitkan pada Okt 14, 2019 oleh .

Samsung sedia memperkenalkan Samsung KNOX beberapa tahun yang lepas, dimana ia ditawarkan secara terbina bersama pelbagai peranti Samsung terbaru – sekaligus menjanjikan perlindungan yang lebih baik dari segi sekuriti dan privasi untuk para pengguna.

Baru-baru ini, kami telah berpeluang bertemu dengan Nick Dawson yang mengetuai pembangunan Samsung Knox – dimana beliau berkongsi lanjut mengenai penawaran sekuriti berkenaan.

Samsung Knox merupakan salah satu penawaran yang menerima pengesahan daripada pelbagai badan-badan antarabangsa, termasuk daripada pelbagai kerajaan sebagai penawaran platform sekuriti yang baik.

Samsung Knox

Knox sendiri mengambil inspirasi nama daripada “Fort Knox” yang dulunya digunakan untuk menyimpan sejumlah emas di dalamnya. Melalui Samsung Knox, mereka menjanjikan perlindungan menyeluruh dari perkakasan kepada perisian – berbeza dengan beberapa penyedia lain yang sekadar menawarkan perlindungan pada bahagian perisian sahaja. Dengan langkah ini, perlindungan sekuriti adalah lebih baik, sekaligus mengelak pihak lain menceroboh untuk mencuri data pengguna.

Nick Dawson mengatakan kebanyakkan perkhidmatan sekuriti hanya beroperasi pada peringkat peranti dimulakan, dan berhenti beroperasi selepas itu – yang mana berbeza dengan Knox yang menawarkan perlindungan sepanjang masa. Ini sekaligus membolehkan data pengguna peranti Samsung dilindungi daripada serangan atau kecurian. Samsung turut menyediakan penawaran Secure Folder yang menawarkan lebih perlindungan dan penyulitan untuk dokumen-dokumen berbentuk sensitif.

Bagi pengguna umum, ciri sekuriti ini diaktifkan secara automatik sewaktu peranti dimulakan – dan ia akan menawarkan perlindungan berterusan. Pengguna tidak perlu risau akan berkenaan keperluan mengaktifkannya secara manual dan sebagainya.

Selain untuk pengguna umum, Knox juga turut dioptimasikan untuk pengguna perusahaan. Pelbagai syarikat boleh mengintegrasikan penggunaan peranti Samsung bersama-sama polisi syarikat, sekaligus mengintegrasikannya bersama-sama pelbagai aplikasi dan perisian yang digunakan pada syarikat berkenaan.

Layari : Samsung Knox


TIPS & ULASAN