Teknologi Intentek Mengubah Sebarang Permukaan Menjadi Pengecas Nirwayar

Teknologi Intentek Mengubah Sebarang Permukaan Menjadi Pengecas Nirwayar

Diterbitkan pada Okt 14, 2019 oleh .

Hampir kesemua peranti mercu di pasaran menyokong pengecasan nirwayar Qi. Tetapi kesemua pengecas nirwayar di pasaran mempunyai saiz yang besar dengan memerlukan ruang khas di atas meja. Intentek ialah syarikat yang kini menawarkan sistem pengecasan nirwayar yang terbina pada permukaan meja.

Intentek ialah anak syarikat Formica yang terkenal kerana menghasilkan permukaan meja dan dapur. Dengan Intentek, permukaan meja Formica di pejabat, hotel dan restoran boleh menyokong pengecasan nirwayar tanpa wayar terbina. Antara kemasan yang ditawarkan ialah kayu, formica,  Buat masa ini teknologi Intentek hanya ditawarkan kepada pelanggan perniagaan sahaja.


TIPS & ULASAN