Cari @ Amanz

Android 10 adalah sistem operasi baharu dari Google. Ia memfokuskan privasi, sekuriti dan juga rekaan serba baharu untuk antaramuka. Buat masa ini, peranti yang menyokong secara rasmi Android 10 adalah terhad. Pixel, Essential Phone, Redmi K20 Pro, OnePlus 7/7 Pro dan Mate 20 Pro sudah pun boleh dikemaskini secara rasmi. Tetapi peranti-peranti lain terpaksa tunggu pada penghujung bulan Oktober sehingga tahun 2020.

Android 10

Oleh yang demikian, pembangun bebas rajin membina custom ROM Android 10 untuk peranti-peranti lain. Terkini, Realme 3 Pro, Samsung Galaxy S7, Xiaomi Mi A2 Lite, Lenovo ZUK Z1, dan Sony Xperia XA2 telah menerima sokongan Andorid 10 dalam bentuk Android asli. Tetapi tidak kesemuanya cukup stabil, cuma jika anda ingin mencuba Android 10 pada peranti-peranti ini – inilah masanya. Ada juga peranti yang sokongan rasmi sudah ditamatkan, jadi inilah peluang anda.

Realme 3 Pro – LineageOS 17.0 tidak rasmi, mirip Android asli dengan beberapa pepijat seperti pengimbas cap jari tidak berfungsi.

Samsung Galaxy S7 – Juga berasaskan LineageOS 17.0, tetapi GPS dan pengimbas cap jari buat masa ini tidak berfungsi.

Mi A2 Lite –  Berasaskan AOSP Extended 7.0, sama seperti Android One tetapi dengan lebih banyak pilihan kustomasi. Kawalan gestur pengimbas cap jari tidak berfungsi dan APN tidak boleh ditambah secara automatik.

Terdapat banyak lagi peranti lain kini menyokong custom ROM Android 10. Anda boleh pergi ke laman web sumber di bawah untuk lihat sama ada peranti anda disokong atau pun tidak. Ada yang stabil dan yang tidak, tetapi jika anda ingin mengharapkan kemaskini rasmi – sampai sudah pun tidak akan terima. Kerana mengambil masa yang amat lama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd