Cari @ Amanz

Bagi kebanyakan individu generasi semasa, telefon pintar ialah komputer pertama mereka dan menaip menggunakan skrin adalah sesuatu yang alah bisa tegal biasa. Terdapat ramalan dalam masa beberapa dekad lagi, papan kekunci fizikal akan mula pupus dan digantikan sepenuhnya dengan papan kekunci pada skrin. Tetapi mengikut syarikat Tap, evolusi papan kekunci yang seterusnya ialah yang dipakai pada telapak tangan.

Tap Strap 2 ialah papan kekunci rekaan mereka yang dipakai terus pada telapak tangan. Menerusi peranti ini, setiap permukaan boleh menjadi papan kekunci dengan membaca pergerakan jari. Dengan sokongan AirMouse terbina, Tap Strap 2 juga boleh berfungsi sebagai tetikus dengan kepekaan bersamaan 1000 DPI. Pengguna hanya perlu melakukan pergerakan gesture di udara untuk mengawal peranti.

Buat masa ini Tap Strap 2 boleh digunakan pada peranti Android, iOS, OS X, Windows dan Linux. Ia ditambat kepada pelbagai peranti secara bluetooth. Dengan sekali cak ia boleh beroperasi selama 10 jam. Tap Strap 2 kini dijual pada harga $199 (~RM837) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd