Carian
Ebay, Mastercard Dan Stripe Pula Menarik Sokongan Untuk Kriptowang Libra
October 14, 2019 Effi Saharudin

Kriptowang Libra yang diumumkan oleh Facebook nampaknya memulakan hidup dengan beberapa langkah kira sebelum ia dilancarkan tahun hadapan. Hari ini tiga rakan pengasas Libra iaitu Ebay, Mastercard dan Stripe pula mengumumkan menarik sokongan mereka ke atas kriptowang yang dilancarkan untuk kegunaan penduduk global.

Hanya minggu lalu PayPal menjadi syarikat pertama yang menarik sokongan mereka. Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi, Libra telah menerima pelbagai tentangan dari beberapa badan dan kerajaan dunia. Jerman dan Perancis kedua-duanya sudah bercadang menghalang penggunaan Libra kerana merasakan kriptowang sumber terbuka sepatutnya digunakan bukan yang dikawal oleh syarikat-syarikat besar yang mungkin menggunakan kedudukan mereka untuk mengawal pasaran.

Komen