Carian
Penjual Tempatan Memperlihatkan Vivo NEX 3 Dengan Sokongan 5G Berharga RM3899 Di Malaysia
October 15, 2019 Aman

Vivo Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Vivo Nex 3 secara rasminya di Malaysia pada 17 Oktober ini. Ia dijangka menjadi antara peranti terawal di Malaysia yang menawarkan sokongan 5G terbina padanya – walaupun penawaran rangkaian 5G di Malaysia masih belum tersedia.

Vivo Nex 3

Walaupun harga jualan rasminya masih belum diumumkan, kini penjual tempatan telah mula mengambil pra-tempahan untuknya – sekaligus memperlihatkan ia bakal dijual pada harga RM3899.

Vivo Nex 3 hadir dengan rekaan skrin menyeluruh, menggunakan skrin 6.89-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 855+, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 64mP + 13MP + 13MP, selain kamera pop-naik dihadapan dengan sensor 16-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh.

Pihak Vivo dijangka mengumumkan penawaran peranti ini secara rasminya pada minggu ini, dimana kita akan dapat mengetahui apakah ganjaran tambahan yang disediakan Vivo bersama-sama pembelian Vivo Nex 3 ini.

Komen