Cari @ Amanz

Android 10 diberikan secara rasmi pada Ogos lalu dan pengeluar seperti Google, Essential, OnePlus dan Huawei sudah mula memberikan kemas kini kepada peranti terpilih. Walaupun Samsung adalah pengeluar telefon pintar nombor satu dunia. peranti mereka masih belum menerima Android 10. Proses kemas kini sudah dimulakan dengan pengumuman program ujian Android 10 Beta hari ini.

Buat masa ini ia hanya dibuka kepada peranti Galaxy S10, S10+, S10e dan S10 5G sahaja. Keempat-empat peranti yang menggunakan Android 10 Beta akan turut menerima antaramuka terkini One UI 2.0. Samsung berkongsi beberapa penambahbaikan seperti ikon kawalan bunyi yang lebih kecil, notifikasi panggilan yang dikemaskini, mod gelap baharu dan juga Digital Wellbeing terbina. Dengan permulaan ujian Android 10 Beta secara global, kemaskini Android 10 kepada kesemua peranti mercu dijangka akan diberikan sebelum berakhirnya 2019.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd