Xiaomi pada tahun ini telah mengasingkan Redmi sebagai sub-jenama yang beroperasi kendiri, dan selari dengannya, Redmi telah hadir dengan penawaran sejumlah peranti menarik. Terbaru, Redmi dalam persediaan untuk memperkenalkan telefon pintar Redmi K30 terbaru mereka tidak lama lagi.
Redmi K30 dijangka akan menjadi peranti terawal Redmi yang hadir menyertakan rangkaian 5G bersama dengannya. Selain daripada itu, kini sebuah gambar baru dikongsikan, memperlihatkan Redmi K30 turut akan hadir dengan rekaan skrin berlubang yang menyertakan dwi-kamera dibahagian hadapan – lebih kurang seperti pada Galaxy S10.
Buat masa ini, info penuh berkenaan tarikh pelancaran dan sebagainya masih tidak diketahui lagi. Dengan sedikit demi sedikit yang mula dikongsikan pihak Redmi, kita mungkin akan mendengar lanjut berkenaan Redmi K30 ini dalam minggu-minggu akan datang.