Cari @ Amanz

Dalam mempromosikan dua daripada peranti-peranti gaming terbaru mereka, Lenovo akan membawa Legion Truck mereka ke beberapa lokasi di sekitar Malaysia tidak lama lagi.

Bermula dari pertengahan bulan Oktober ini sehingga bulan Disember 2019 kelak, Lenovo Malaysia akan mempromosikan dua komputer riba gaming terbaru mereka, iaitu Legion Y545 dan Legion Y7000.

Trak tersebut akan dilengkapi dengan peranti dan aksesori gaming yang lengkap, dimana orang ramai boleh mencuba sendiri prestasi kedua-dua komputer riba gaming tersebut.

Legion Truck ini akan berada di lokasi-lokasi berikut sepanjang dua ke tiga bulan tersebut:

  • Sungei Wang Plaza (19-20 Oktober)
  • Kuantan Mall (26-27 Oktober)
  • MyTown (2 November)
  • One Utama (9 November)

Para pengunjung yang melawati trak ini dan mengambil bahagian didalam aktiviti-aktiviti gaming berpeluang memenangi aksesori-aksesori gaming Legion.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd