Fungsi Unik Samsung Galaxy Note 10 Kini Hadir Ke Galaxy Note 9 Dan Note 8

Fungsi Unik Samsung Galaxy Note 10 Kini Hadir Ke Galaxy Note 9 Dan Note 8

Diterbitkan pada Okt 15, 2019 oleh .

Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+ membawakan pelbagai kemas kini spesifikasi yang membuatkannya lebih berkuasa berbanding model Note terdahulu. Tetapi bagi mereka yang lebih mementingkan perisian dari perkakasan, satu fungsi unik Note 10 kini akhirnya diberikan kepada Note 9 dan Note 8.

Aplikasi Samsung Note versi 3.1.04.16 mengaktifkan fungsi mengubah tulisan tangan menjadi teks pada dua peranti generasi terdahulu. Anda hanya perlu menulis teks di dalam Samsung Note dan kemudian memilih untuk mengubah tulisan tersebut kepada teks secara automatik.

Turut diberikan menerusi kemas kini perisian ini ialah sokongan mengubah nota ke dalam format Microsoft Words bagi memudahkan perkongsian pada pelbagai platform. Samsung Note versi 3.1.04.16  boleh dimuat turun menerusi aplikasi Galaxy Store hari ini.


TIPS & ULASAN