Razer Blade 15 terbaru telah dilancarkan hari ini dan ia menurut Razer adalah komputer riba pertama dunia dengan papan kekunci optikal. Ini adalah interasi kepada papan kekunci opto-mekanikal yang digunakan pada papan kekunci Razer Huntsman Elite keluaran mereka.
Buat masa ini Razer Blade 15 Advanced sahaja ditawarkan dengan kekunci baharu ini dengan perancangan menawarkannya kepada model-model yang lain. Komputer riba ini hadir skrin 15.6″ HD penuh 240Hz sesentuh, pemproses Intel Core i7-9750H enam teras, GPU NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB GDDR6, memori 16GB DDR4 RAM, storan 512GB SSD dan bateri sebesar 80Wh.
Seperti komputer riba Razer yang lain, terdapat sokongan lampu RGB Razer Chroma dengan jutaan warna. Pilihan I/O pula ialah HDMI, mini display, satu USB-C Thunderbolt 3, satu USB-C dan dua USB-A 3.1 Gen 2. Di Amerika Syarikat Razer Blade 15 Advanced ditawarkan pada harga bermula $2649 (~RM 11103) sebuah.