Carian
Realme X2 Pro Dilancarkan – Hadir Dengan Skrin 90Hz, Snapdragon 855+, SuperVOOC 50W
October 15, 2019 Aman

Realme hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka dengan spesifikasi tinggi, iaitu Realme X2 Pro. Ia hadir dengan fokus terhadap skrin pada kadar segar semula tinggi, selain turut menyertakan sejumlah ciri-ciri yang sering terdapat pada peranti mercu.

Realme X2 Pro

Realme X2 Pro menyertakan skrin 6.5-inci Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB berasaskan UFS 3.0.

Realme X2 Pro

Melengkapkan Realme X2 Pro juga adalah sokongan empat kamera belakang mengabungkan kamera 64MP + 13MP + 8MP + 2MP, selain kamera swafoto 16-megapixel. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 50W SuperVOOC.

Realme hanya mengumumkan penawaran telefon pintar ini untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dimana ia ditawarkan pada harga bermula CNY2,699, iaitu sekitar RM1599. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan ditawarkan pada peringkat global.

Komen