Carian
Digi EasyAdd Menguruskan Langganan Pelbagai Perkhidmatan Secara Setempat
October 15, 2019 Effi Saharudin

Sudah menjadi kebiasaan untuk melanggan pelbagai perkhidmatan atas talian pada peranti pintar. Setiap bulan ratusan ringgit akan dibelanjakan untuk perkhidmatan penstriman muzik atau perisian. Tetapi proses pengurusannya adalah sedikit sukar kerana tarikh permulaan bila yang berbeza-beza. Digi cuba menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan EasyAdd.

Menerusi EasyAdd, pengguna boleh menguruskan pelbagai perkhidmatan yang dilanggan bulanan secara setempat. Antara perkhidmatan yang kini ditawarkan dalam EasyAdd ialah Atom & the Dot, Boxsome, Berita Harian, Busuu, CallerTunes, Classruum, Deezer, Dengue Cover+, Dimsum, EasyStore, FullAMark, Harian Metro, Hopster, Ibadat, iflix, Kaspersky, MUBI DEKHO!, MUBI SINEMA, NST Digital, Office 365, Spuul, The Edge, dan Viu. Dalam masa terdekat perkhidmatan Amazon Prime Video, Didi & Friends, kidxy, LILIN+CO, Me Books Asia, Ookbee, TILLATA dan VEATIVE juga akan turut disokong.

EasyAdd ditawarkan kepada semua dan tidak terhad kepada pelanggan Digi sahaja. Sempena pelancaran EasyAdd, Digi menawarkan langganan percubaan percuma sehingga penghujung November. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat sila ke pautan di bawah.

Komen