SKMM Menggantung Kontrak Syarikat Yang Menyebabkan Butiran Jutaan Pengguna Tertiris

SKMM Menggantung Kontrak Syarikat Yang Menyebabkan Butiran Jutaan Pengguna Tertiris

Diterbitkan pada Okt 15, 2019 oleh .

Sekitar dua tahun yang lalu, ia telah dilaporkan bahawa sebanyak 46.2 juta nombor telefon rakyat Malaysia telah tertiris akibat kerentanan sekuriti melalui sistem Public Cellular Blocking Service (PCBS) yang diperkenalkan oleh SKMM.

Secara teorinya, sistem PCBS ini sepatutnya membolehkan pengguna mengunci peranti-peranti pintar mereka sekiranya ia dicuri, atau hilang untuk mengelakkannya daripada dijual di pasaran gelap.

Walaupun begitu, syarikat pengendali PCBS, Nuemera Sdn Bhd dikatakan tidak memastikan keselamatan perkhidmatan tersebut dan mengakibatkan insiden ketirisan nombor telefon terbesar di Malaysia untuk berlaku.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memberitahu di sidang Parlimen bahawa mereka telah menggantung kontrak Nuemera selepas siasatan keatas insiden tersebut selesai.

Tambah kata pihak SKMM lagi, kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.


TIPS & ULASAN