Cari @ Amanz

Google Pixel 4 XL adalah peranti yang paling “teruk” tertiris setakat ini. Bukan sahaja dari segi spesifikasi, malah fungsi dan ciri serta video pandang pertama dengan kualiti tinggi turut tersebar di Internet. Bayangkan, Google sendiri “meniriskan” rekaan Pixel 4 sendiri. Hari ini di acara Made by Google 19′, Pixel 4 dan Pixel 4 XL dilancarkan secara rasmi. Seperti biasa, terdapat dua variasi, iaitu Pixel 4 dan Pixel 4 XL.

Beza kedua-duanya adalah dari segi saiz skrin dan bateri sahaja. Pixel 4 menggunakan skrin 5.7″ FHD+, Smooth Display 90Hz dan Pixel 4 XL pula menggunakan skrin 6.3″ QHD+, Smooth Display 90Hz. Kedua-duanya adalah OLED dan mempunyai sokongan Ambient EQ, iaitu jawapan Google kepada Apple True Tone. Bateri pada Pixel 4 hanya 2800mAh, kemudian Pixel 4 XL pula adalah sedikit lebih besar – iaitu 3700mAh. Kedua-duanya dijana dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 dan dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 64GB atau 128GB.

Kamera utama pada kedua-dua peranti ini agak ketinggalan jauh ke belakang, kerana masih menggunakan sistem dwi-kamera. Ia menggabungkan lensa 12MP Dual-Pixel + lensa 16MP Telefoto dan kamera swafoto 12MP. Cip Pixel Visual Core dikekalkan dan banyak bergantung kepada perisian – contoh kemampuan ambil gambar makro, rakaman astrofotografi, Night Sight yang lebih baik, kawalan “manual” dan lain-lain. Pembesar suara adalah stereo, sistem sekuriti Face Unlock seakan Face ID tanpa sokongan pengimbas cap jari, menyokong kawalan gestur atas udara Motion Sense, hadir dengan cip sekuriti Titan M dan cip kecerdasan buatan Pixel Neural Core.

Harga jualan rasmi di Amerika Syarikat bermula dari $799 iaitu sekitar RM3348. Warna yang ditawarkan pula adalah Oh So Orange, Just Black dan Clearly White.

Sedang Dikemaskini…

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd