Cari @ Amanz

Di acara Made For Google hari ini, fon telinga nirwayar Google Pixel Buds baharu telah diperlihatkan. Tidak seperti generasi terdahulu, Pixel Buds baharu kini tidak lagi mempunyai kabel yang menyabungkan dua fon telinga. Ia kini juga bersaiz lebih kecil lengkap dengan pod pengecasnya tersendiri.

Menurut Google, Pixel Buds baharu ini juga hadir dengan mikrofon beam forming yang menangkap suara pengguna dengan lebih jelas bagi memudahkan menyeru Assistant dan melakukan panggilan telefon. Pada waktu yang sama teknologi Adaptive Sound membolehkan tahap kekuatan audio yang didengari berubah secara automatik mengikut kekuatan audio sekeliling. Tambatan bluetoothnya juga amat jauh sehingga jarak sebuah padang bola American Football di luar atau tiga bilik di dalam rumah.

Dengan bateri yang disertakan, Pixel Buds boleh beroperasi selama lima jam secara berterusan dan 24 jam dengan pod pengecas yang disertakan. Google Pixel Buds baharu akan mula dijual tahun hadapan pada harga $179 (~RM750) sepasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd