Cari @ Amanz

Pixelbook adalah Chromebook tersendiri Google yang dihasilkan oleh Made by Google. Ia adalah komputer riba yang menjalankan Chrome OS dan mempunyai bahan binaan yang premium. Kini, Google memperkenalkan pengganti kepada Pixelbook, iaitu Pixelbook Go.

Pixelbook Go hadir dengan rekaan serba baharu, di bahagian bawah menggunakan rekaan dengan cengkaman yang lebih agar ia mudah dipegang dan diletak pada apa jua permukaan. Papan kekunci pula dibina dengan kemampuan yang lebih senyap melalui, Ultra Quiet Hush Keys. Dari segi spesifikasi, ia dijana dengan cip pemprosesan Intel Core m3, i5 atau i7 dan dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Harga jualan adalah bermula dari $649 (~RM2720) dan terhad di Amerika Syarikat sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd