Cari @ Amanz

Fon telinga yang baik membolehkan muzik kegemaran didengari pada tahap kenikmatan sebenar. Sejak akhir-akhir ini sistem pembatalan hingar aktif mula dilihat sebagai perlu pada fon telinga premium. Beats Solo Pro baru sahaja dilancarkan sebentar tadi dan ia akhirnya membawakan sokongan pembatalan hingar aktif (ANC)

Fon telinga nirwayar ini mampu beroperasi selama 22 jam dengan sekali caj dengan ANC atau 40 jam jika ia tidak diaktifkan. Terdapat sokongan kawalan suara yang membolehkan pembantu maya seperti Siri dan Google Assistant diaktifkan. Dengan cip Apple H1, ia dapat ditambat kepada peranti Apple dengan pantas.

Fon telinga ini menerusi port Lightning. Menarik sekali jika sambungan berwayar ingin dilakukan, pengguna perlu membeli sebuah penyesuai kerana tiada port audio 3.5mm disertakan. Seperti iPhone dan iPad, fon telinga Beats juga kini tidak lagi menyokong bicu audio standard. Bagi memudahkan ia dibawa kemana-mana. Solo Pro boleh dilipat di dalam tempat simpanan yang disediakan.

Beats Solo Pro dijual pada harga $300 (~RM1257) sepasang dalam pilihan warna biru, merah, biru muda, ivory, hitam dan kelabu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd