Internet Archive Menambah Lebih 2500 Permainan MS-DS Untuk Dimainkan Secara Percuma
October 16, 2019
e-Permainan
Web 2.0
Aman
Internet Archive merupakan salah satu laman sehenti yang menghimpunkan pelbagai laman web dan perisian – sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu laman sehenti untuk rujukan pelbagai perkara. Terbaru, mereka mengumumkan yang telah menambah lebih 2,500 permainan MS-DOS pada arkib mereka.

Dengan penambahan ini, ia sekaligus membolehkan orang ramai untuk memainkan pelbagai permainan MS-DOS terus melalui laman Internet Archive secara percuma.
Bagi anda yang meminati permainan MS-DOS, mungkin boleh menyemak penawaran hari ini, sekaligus mengembalikan nostalgia suatu ketika dahulu.
[info]Layari : Internet Archive MS-DOS[/info]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.