Cari @ Amanz

Xiaomi mempunyai sejumlah penawaran peranti pada harga yang sangat kompetitif di pasaran pada hari ini, dan salah satu siri yang popular adalah Redmi Note. Bercakap mengenainya, kini Xiaomi mengumumkan yang mana siri Redmi Note mempunyai lebih 100 juta pengguna seluruh dunia.

Redmi Note 100 Juta

Di Malaysia, siri yang paling baru ditawarkan adalah Redmi Note 8, dimana ia hadir dengan empat kamera dibelakang, selain Redmi Note 8 Pro yang hadir menawarkan kamera 64-megapixel bersama-sama dengannya.

Dengan pihak Xiaomi yang kini mengasingkan Redmi sebagai sub-jenama tersendiri, boleh dikatakan ini merupakan salah satu angka capaian yang tinggi, dan mungkin kita akan terus melihat evolusi siri Redmi Note pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd