Cari @ Amanz

Satu sebab mengapa kami kurang gemar membeli belah seorang diri adalah kerana malas untung mengangkat beg berisi barangan yang dibeli. Jari boleh menjadi kebas kerana peredaran darah tersekat. Oleh itu Piaggio Gita, robot khadam membawa kargo telah dibangunkan syarikat yang menghasilkan motosikal Vespa,

Gita boleh mengikut pergerakan tuannya dengan kelajuan 9.6 km/j. Ruang kargo dalam tubuh Gita boleh membawa pelbagai barangan. Sensor pada bahagian hadapan mengimbas dunia secara tiga dimensi bagi mengelakkan pelanggaran. Robot ini mengikut pergerakan pengguna yang menambatkan pada sebuah telefon pintar dan tidak mampu bergerak secara automatik.

Dengan sekali pengecasan, Gita boleh beroperasi sehingga empat jam. Sekiranya diperlukan, ia boleh mengecas telefon pintar milik pengguna. Ia walau bagaimanapun tidak boleh menaiki tangga atau digunakan pada kawasan berpasir.

Gita versi akhir ini mempunyai kemampuan yang lebih rendah berbanding versi asal yang diperlihatkan dua tahun yang lalu. Buat masa ini ia ditawarkan pada harga $3,250 (~RM13628). bermula November ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd