Redmi Note 8 Pro merupakan sebuah telefon pintar yang terbaru daripada Xiaomi. Peranti ini merupakan telefon pintar pertama di dunia yang hadir dengan lensa kamera 64MP. Ia telah pun dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM1099 untuk model 6/64GB dan RM1199 untuk 6/128GB.
Kita mulakan dengan rekaan menarik yang ditawarkan oleh Redmi Note 8 Pro, dimana ia dilengkapi dengan kaca Gorilla Glass 5 untuk rekaan panel belakang dan skrin hadapan untuk memberikan efek premium pada peranti bersama skrin hampir nirbingkai dengan nisbah 19.5:9, sensor infra merah untuk kawalan televisyen, kipas, dan lain lain pada bahagian rekaan atas peranti. Manakala port USB-C, bicu audio 3.5mm dan kekisi pembesar suara terletak di bahagian bawah peranti.
Beralih pada kebolehan kamera Redmi Note 8 Pro ini, ia hadir dengan lensa 64MP untuk kamera utama, 8MP untuk sensor ultra lebar, 2MP untuk sensor kedalaman gambar dan juga 2MP untuk sensor makro manakala 13MP untuk rakaman swafoto. Dengan binaan sensor kamera sebesar ini, ia membolehkan anda untuk mendapatkan gambar dengan resolusi yang lebih besar dan terperinci. Hal ini adalah kerana satu gambar beresolusi 64MP bersamaan 25 paparan gambar beresolusi Full HD. Jadi, dengan sensor kamera sebesar ini, ia sangat praktikal untuk kegunaan harian, dimana anda boleh mengambil rakaman gambar dengan lebih cantik dan jelas.
Melalui lensa kamera 64MP ini juga, ia mempunyai bukaan aperture sebesar 1/1.7 dan anda boleh mencetak poster Mega bersaiz sebesar 3.26m x 2.44m dengan jelas dan terperinci tanpa sebarang efek pecah dalam gambar. Malah, apabila anda memotong gambar menjadi lebih kecil sekalipun, gambar yang dihasilkan selepas itu masih lagi cantik dan terperinci apabila dibesarkan.
Jika dibandingkan gambar yang diambil menggunakan sensor kamera 64MP dengan gambar yang diambil menggunakan sensor kamera 48MP, hasil yang diambil oleh Redmi Note 8 Pro adalah lebih terperinci dan jelas. Hal ini adalah kerana resolusi 64MP ini juga merupakan resolusi hampir dua kali ganda gambar dengan resolusi 8K.
https://www.youtube.com/watch?v=8DsoAfBUq-k
Bukan itu sahaja, telefon pintar ini juga turut mempunyai markah tanda aras AnTuTu setinggi 283,000. Hal ini adalah kerana telefon pintar ini dikuasakan dengan janaan cip Helio G90T yang mana prestasinya adalah lebih baik daripada peranti yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 730G dan juga Snapdragon 710.
Menurut Xiaomi Malaysia, telefon pintar ini juga mempunyai prestasi yang cukup baik untuk bermain permua. Pengguna yang bermain permua tidak akan mengalami sebarang isu pemanasan peranti dan baterinya juga dapat bertahan dalam tempoh masa yang lama.
Hal ini kerana, Redmi Note 8 Pro ini mempunyai fungsi Liquid Cooling yang mana melalui fungsi ini, ia membolehkan anda yang gemar bermain permua dapat menikmati permainan dalam tempoh masa yang lama dan tidak mengalami masalah kepanasan peranti kerana fungsi ini membantu untuk menyejukkan peranti anda. Jadi, apabila bermain permua, Redmi Note 8 Pro ini tidak cepat panas dan dapat memberi pengalaman permainan yang lebih baik.
Pengalaman permainan anda juga akan tidak terganggu kerana ia dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 4500 mAh bersama pengecasan pantas 18W. Dengan kapasiti bateri sebesar ini, ia dikatakan mampu bertahan sehingga 10 jam permainan permua dan mengambil masa selama 2jam sahaja untuk membuat pengecas penuh, 100%. Jadi, anda boleh bermain permua dalam tempoh masa yang lama tanpa sebarang gangguan daripada peranti.
Jika anda berminat untuk memiliki sebuah Redmi Note 8 secara percuma, anda boleh menyertai pertandingan bergaya dan menang anjuran Xiaomi yang sedang berlangsung sehingga akhir Oktober ini, 31 Oktober 2019. Bagi yang ingin menyertai, anda perlu mencari sebuah Poster Mega yang terletak di stesen LRT Pasar Seni dan juga Masjid Jamek, kemudian bergaya dan menangkap gambar untuk dimuat naik ke laman sosial Facebook anda yang telah disetkan kepada “Umum” dan letakkan tanda pagar seperti #64MPMemangShiok #LiveToCreate #RedmiNote8Pro #XiaomiMY. Menurut Xiaomi, poster KLCC ini telah diambil oleh jurugambar Redmi Note 8 Pro sendiri, Gradient Lok.
Jadi bagi anda yang berminat untuk memiliki telefon pintar Redmi Note 8 Pro ini, anda boleh menyertai pertandingan anjuran Xiaomi ini atau layari ke laman rasmi Xiaomi Malaysia atau pengedar pengedar rasmi mereka. Telefon pintar ini ditawarkan dengan 3 pilihan warna, iaitu Pearl White, Forest Green dan juga Mineral Grey bersama dua variasi model memori dan storan, iaitu RM1099 untuk variasi 6/64GB dan RM1199 untuk variasi 6/128GB.
Penafian: Advertorial Dari Xiaomi Malaysia