Cari @ Amanz

YouTube kini telah menjadi salah satu laman yang dituju untuk melihat pelbagai kandungan video dari serata dunia. Terbaru, seorang pembangun bebas hadir dengan laman khusus yang dinamakan YouTube Decade, dimana melaluinya ia menyenaraikan video-video popular yang telah dimuat-naik pada sesuatu hari sekitar sedekad yang lepas.

YouTube Decade

Melalui laman berkenaan, ia menyusun video mengikut kategori, dan mempertontonkan satu video daripada setiap kategori yang mempunyai angka tontonan paling tinggi setakat ini.

Ini sekaligus menjadikan pengguna mudah untuk menyemak bentuk kandungan video yang dimuat-naik sekitar sepuluh tahun lepas – selain memudahkan pengguna membuat analisa berkaitan perubahan yang telah berlaku dalam corak penerbitan kandungan dan penerimaan pengguna dalam tempoh berkaitan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd