MIUI 11 adalah sistem operasi baharu daripada Xiaomi. Ia dibina berasaskan sistem operasi Android 7.0 Nougat sehingga Android 10, mengikut peranti yang menyokongnya. Dalam MIUI 11, Xiaomi memperkenalkan banyak perubahan dan perubahannya agak drastik jika dibandingkan dengan MIUI 10. Seperti yang diumumkan minggu lepas, MIUI 11 versi global akan dilancarkan pada minggu ini dan tadi di India bersama-sama dengan pelanaran Redmi Note 8 Pro di sana – MIUI 11 Global telah rasmi.
Dalam MIUI 11, Xiaomi telah mengubah rekaan antaramuka dari aspek visual. Contohnya ikon adalah lebih kemas, penggunaan font Mi Lan Pro secara keseluruhan sistem, dan juga animasi baharu. Tidak lupa juga, prestasi adalah lebih pantas dan sistem pemberian notifikasi kini lebih lancar. Perubahan lain yang Xiaomi perkenalkan adalah dari segi audio. Contohnya untuk penggera akan ada bunyi dinamik yang lebih semula jadi dan enak didengar. Turut hadir pada MIUI 11 ini adalah mod penjimatan bateri ekstrem. Paling menarik bagi kami adalah aplikasi perkongsian fail Mi Share yang kini berfungsi antara Realme, Oppo dan Vivo.
When you will get #MIUI11 on your device?
After you see the features listed, here is the tentative schedule for #MIUI11 based on our current testing plan. pic.twitter.com/N1QJAw4Brr— Xiaomi HyperOS (@XiaomiHyperOS_) October 16, 2019
MIUI 11 versi global akan diedarkan secara berperingkat bermula dengan Pocophone F1, Redmi K20, Redmi 7, Redmi Note 7 dan beberapa lagi peranti yang tidak berada di pasaran tempatan pada 22-31 Oktober. Kemudian, pada 4-12 November giliran peranti Redmi K20 Pro, Redmi 6, Redmi 6A, Redmi Note 5, Redmi 5, Redmi 5A, Redmi Note 4, Mi Mix 2, Mi Max 2 dan lain-lain. Peranti-peranti lain dan tarikh pengedaran MIUI 11 global anda boleh rujuk jadual di atas.
Perlu diingatkan yang, pengedaran kemaskini ini akan diedarkan secara berperingkat kepada pengguna di India terlebih dahulu. Negara-negara lain anda hanya perlu tunggu dan kerap semak OTA pada peranti anda.