Cari @ Amanz

Google Pixel 4 dilancarkan bersama-sama dengan kemampuan kamera serba baharu. Paling menarik adalah Night Sight yang ditambah baik dengan algoritma baharu. Ia kini menyokong rakaman astrofotografi, yang membenarkan pengguna mengambil gambar bintang yang kemas dan cantik. Syukur dan terima kasih kepada Google, fungsi ini tidak akan terhad kepada Pixel 4 dan Pixel 4 XL sahaja – tetapi turut akan hadir kepada Pixel 3, 3 XL, 3a dan 3a XL.

Fungsi ini akan hadir melalui kemaskini aplikasi “Google Camera” versi 7.1 yang mana mengaktifkan fungsi ini. Google Camera 7.1 buat masa ini belum diedarkan secara rasmi lagi, tetapi bagi mereka yang ingin cuba lebih awal – dail APK sudah boleh dimuat turun.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd