Cari @ Amanz

OnePlus 7 Pro, Samsung Galaxy S10 dan Galaxy Note 10+ adalah tiga peranti yang telah ditabalkan sebagai peranti dengan skrin terbaik oleh DisplayMate. Skor yang diberi adalah A+. Tetapi tiga peranti ini sudah “lapuk” dan lama, kini giliran raja GCam pula – iaitu Google Pixel 4XL. Peranti Made by Google yang paling banyak tertiris tahun ini adalah peranti seterusnya yang ditabalkan skrin terbaik oleh DisplayMate. Skornya juga adalah A+.

Dalam ujian DisplayMate, skrin Pixel 4XL mempunyai Wide Gamut yang jitu apabila menonton kandungan 4K UHD dan mempunyai standard DCI-P3 seakan kandungan di pawagam. Tidak cukup dengan itu, mana-mana kandungan gambar, video atau filem yang ditonton di web juga agak hebat. Skrin Pixel 4 XL mempunyai resolusi QHD+ jadi tidak dinafikan kemampuannya yang hebat ini. Kecerahan skrin juga cukup baik dengan nilai kepantulan rendah, pandangan pelbagai sudut sempurna dan secara keseluruhan mempunyai paparan yang terbaik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd